(Internet) Kelas Secara Atas Talian (Kuiz Pelajar), Mencari Maklumat di Internet & KDB

8 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Julai 2020, Pusat Internet (PI) Semop telah menerima kehadiran pelajar kolej UCTS Sibu untuk menggunakan perkhidmatan internet di Pusat Internet Semop. Pelajar ini menggunakan internet untuk kelas secara atas talian dan mencari maklumat di internet dari jam 2.00 hingga 5.00 petang. Aktiviti ini disertai oleh seorang peserta yang berumur 22 tahun dan masih belajar di Kolej UCTS Sibu, Sarawak.

Kami dari Pusat Internet Semop berharap agar pelajar dapat menggunakan perkhidmatan di Pusat Internet Semop dengan sebaik mungkin dan berharap perkhidmatan yang disediakan dapat memberi manfaat kepada peserta. Untuk makluman, kami sangat mengalu-alukan kehadiran pelajar yang ingin menggunakan perkhidmatan internet di Pusat Internet untuk tujuan mencari maklumat dan mengulangkaji pelajaran.

Selamat maju jaya kami ucapkan buat adik-adik yang rajin berusaha menimba ilmu untuk kegunaan akan datang. Terima kasih juga kerana memilih Pusat Internet Semop sebagai lokasi pilihan untuk mengulangkaji pelajaran.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali